Cara sihat tambah berat badan






Salam,

wah...perlu ke beli produk2 yang ntah pape tuh?
agak-agaknya apa la yang dia taruk kan dalam ubat tu sampe bole tambahkan berat badan...
ase2 ada serbuk batu x?..hak3~

disebabkan tensi dengan post yang lalu maka dan hanya jika aku tersengaja saiko meng'seacrh cara sihat tambah berat badan...
menurut apa yang telah di'search :

" Gemuk atau kurus seseorang bergantung kepada banyak faktor-faktor lain seperti metabolisma tubuh, diet yang tidak teratur dan seimbang, genetik dan penyakit.

Produk-produk pelangsingan badan maupun "weight gain", sesetengahnya boleh memberi kesan sampingan yang tidak baik kepada kesihatan jika tidak diikuti dengan betul dan kadang-kala tidak memberi hasil seperti yang diimpi-impikan malah lebih memudaratkan.

Produk pelangsingan badan lebih banyak terdapat di pasaran berbanding produk penambahan berat badan.~http://zahcorner.blogspot.com "

Amalan Penambahan Berat Badan Yang Sihat




1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian
-caranya-
-gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti
wah nak kena slalu beli roti la pasni..asal lapor je..ngap sekeping roti..hak3~

2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
-caranya-
-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.
wah...cam complicated gak nak ikut nie..hurm...susu and buah je lah
3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
-caranya-
ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.
hah??! 5-6 kali makan sehari?? byknya...aku mkn pun 3 kali je sehari..haish..genna nie~
4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
-caranya-
-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak.hindari makanan yang mengandungi banyak lemak
oh..minum susu jela plus roti sekeping
5.Melakukan senaman secara teratur
-caranya-
-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan
erk..senaman??...nie yang sensitip nie...jarang yang teramat aku bersenam..bole kira dengan jari bpa kali je bersenam duk USM nie...bersenam basuh baju jela....hahaha~

6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
-caranya-
-ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.
beres2...(^^,)
7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
-caranya-
-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan
hurm....tengok la kalo rajin...lalalala~
8.Sokongan makanan tambahan
-caranya-
-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil
 halorh...perlu ke beli vitamin??...
Cik Kumbang

A Freelance Graphic Designer."The only normal people you know are the ones you don’t know very well"

3 Comments

Terima kasih datang Belog Cik Kumbang & komen sini.
Nanti Cik Kumbang reply di blog korang ye (^_^)
Jom Like Belog Cik Kumbang di facebook !
Blog Archives for Mobile View

  1. ah...how come makan roti bole gemok? i've to stop makan roti la nih? oh tidak... bertukar pd nasik kembali... muahahaha

    ReplyDelete

  2. Info yang menarik. Sekadar berkongsi pendapat, selain itu, untuk memastikan impian kita untuk menambahkan berat badan menjadi kenyataan, kita haruslah mempunyai perancangan yang teliti dan betul. Langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti corak pemakanan kita setiap hari dan menganggar kandungan kalori yang diambil di dalam setiap menu. Kemudian, barulah kita rancang diet baru yang perlu untuk mencapai cita-cita kita. Untuk tujuan ini, kita digalakkan untuk mencatat setiap data di dalam sebuah diari pemakanan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post