Assalamualaikum & Hi
Untuk Kad kahwin memula memang plan nak DIY.Pastu terlampau serabut sebab semua benda nak kena arrage terus rasa macam malas la pula nak DIY.Tempah jela kan senang.Tak perlu nak serabut-serabut fikir pasal kad.
Aku survey kad pun secara online juga.Ada la berkenan dengan 1 website ni.Harga quite ok la sekeping 20sen.Tapi untuk dapatkan 20sen tu kena order certain-certain amount.So bila fikir balik bukannya aku nak guna kad banyak sampai macam yang dia offer tu.
At last nak tak nak memang kena DIY juga laa (-_-)
Antara sebab-sebab nak DIY kad kahwin :
#1 Kad anda tidak akan disimpan
Ceh skema sangat tulis 'Kad anda tidak akan disimpan' padahal nak tulis 'Orang akan buang juga kad korang tu nanti'.Serius rasa macam tak berbaloi untuk spend banyak duit for kad sebabnya at last orang akan buang juga, betul tak ? Tapi kalau korang mampu,tak salah pun nak buat yang grand-grand.Pendapat masing-masing,right?
Tapi bagi aku baik simpan duit yang selebihnya tu untuk korang guna for honeymoon or life after marriage.Banyak taw duit nak pakai after kahwin nanti.
#2 Boleh tunjuk kat anak cucu
"haaa ni la Kad Kahwin nenek dulu-dulu.Nenek buat sendiri taw"
hahaha motip sangat kan.
#3 Edit sesuka hati
Bila DIY kita boleh buat sesuka hati dengan kad kita hahahaha (^_^)Nak edit sana,edit sini. Bila rasa macam design A tak menarik, print design B pula.(akula tu)
Pastu bila kad tak cukup, boleh print lagi sebanyak mana yang perlu.So takde la kes membazir.Sebabnya kadang-kadang bila tempah, tak semua kad kita bagi kat orang pun. *percayala*
Disebalik tabir |
#4 Jimat
Dan yang paling best dapat Jimattttt...... sebabnya kos untuk sekeping kad aku adalah RM0.08 je.Siap dengan decoration doily paper +love tag + ribbon sekali taw hikhik (*_*)Memang terasa penat men DIY tapi bila dah siap akan jadi satu kepuasan sebab dapat create sendiri korang punya kad. |
Kertas Kraft + Doily Paper
#5 Tak perlu pening-pening kepala nak deal dengan vendor Kad Kahwin
Berdasarkan pengalaman dari kawan-kawan & sepupu-sepapat,ada yang stress & tension bila kad yang diorder tu 'cacat'. Ada yang bila dah siap hantar kat kita sekali tengok eja nama pengantin tak betul, peta pun ada masalah dan macam-macam lagi masalah yang boleh buatkan bakal pengantin frust & stress. Last-last ada juga kawan aku ni terpaksa tulis semula nama dia pada 1000 keping kad yang di order. Geram kannn grrr (-_-')Design kad untuk side incik tunang |
Design kad untuk side pengantin perempuan |
Yang ni pula adalah design untuk aku invite melalui whatsapp.Zaman secanggih sekarang perlu la dimanfaatkan.Betul x? |
Itu kiraan zaman aku yang tanpa GST la. Sekarang kan dah ada GST so mungkin around RM150 ke bawah *kot*
Any bride-to-be yang berminat nak DIY kad macam Cik Kumbang ni boleh la PM di Facebook Pages Belog Cik Kumbang atau boleh juga emailkan ke cikkumbang12@gmail.com dengan tajuk "DIY Kad Kahwin"
Cik Kumbang caj untuk melukis peta sahaja hik3~
Thank you for reading this entry !
Thank you for reading this entry !
**************************
Alhamdulillah terima kasih kepada lebih dari 500 Pengantin DIY di seluruh Malaysia yang sudi menempah Printable Template DIY Kad Kahwin dari Cik Kumbang ni (>_<)
Jom usha sebahagian hasil DIY dari customer Cik Kumbang
Sebelum tu siapa yang takde idea untuk hantaran & nak jimat boleh [KLIK SINI]
Sebelum tu siapa yang takde idea untuk hantaran & nak jimat boleh [KLIK SINI]
Wedding Review yang lain [KLIK SINI]
Tags:
DIY
DIY Kad Kahwin
Kad Kahwin Kertas Kraft
Printable Template Kad Kahwin
Wedding Cik Kumbang
Wedding Review
eeeeee..kenapa la dari dulu akak tak kenal ko mase akak nak kawin dulu!
ReplyDeletemuehehehe (^_^)
Deletebuat sendiri pun sumpah lagi lawa kott.. kreatifnye sis
ReplyDeleteTerima Kasih :)
DeleteYang penting dapat berjimat cermat,betul x? heee~
Wow kreatif sgt sis.... budget pun murah...
ReplyDeleteTQ
Deletebajet adalah motif utama kwang3~ =p
wahhhh ...ok aku kagum ..menarik betui la ....
ReplyDeletemmg jimat abish dah ....
betui kad bukan org nk simpan pun ..abis tarikh kenduri org buang kite pengantin je je menyimpan
kannnn (^_^)
Deletelupa nk bgtau kite dr segmen lyssa .....
ReplyDeletesalam singgah sini dik...wahh...comelnya kad kawin...masa akak kwin dulu...beli jak terus yg dari kedai...kalau kad kawin mcm ni boleh simpn jadi kenang-kenangan...hihi
ReplyDelete:)
Deletecantikkk simple je..
ReplyDeleteTerima Kasih (^_^)
DeleteKreatip sgt ni! Graphic designer lah katakannn... Hehehe.. InsyaAllah nt klu nk kahwin, boleh masukkan cik kumbang dlm list buat kad kahwin! Cerita entah bila bila lah tapi... Hihiks! ;D
ReplyDeleteheee maceh (^_^)
DeleteAlhamdulillah pinjaman dari Dia :)
Haaa tak lama dah tu,ehem2 (^_*)
Saja nak blogwalking kat sini sebab cik kumbang pun join entry blogwalking emas putih tu..
ReplyDeleteWell, Entry ni jadi pilihan sebab sy suka diy kad yang simple ni. Dulu pun berangan nak buat senditi tapi kekangan masa plak (alasan! hikss)
But...its my fav! Bravoo...
ok, akan bookmark dulu..nnti boleh minta tolong DIY kan..hehehe :)
ReplyDeleteboleh2 hehe ;p
Deleteguna kertas jenis apa eh...dgn printer tu jenis laser ke..hehehe
ReplyDeletekertas kraft dear
Deleteprinter HP Deskjet 2520hc
salam. nak tny, dolly paper tu beli kt mna?
ReplyDeleteWsalam
Deletesaya beli di kedai Rainbow (cawangan Perlis) (^_^)
saya nak book mcm mana
ReplyDeletesis. guna printer biase je ke? klu guna mesin fotostat xjadi lah. kenapa ya?
ReplyDeleteyup guna printer biasa pun bole :)
Deletekalau fotostat xcantik
tulisan tak jelas hihi (^_^)
Assalammualaikum.
ReplyDeleteCantiknya, kreatif tol, hehe *_*
Waalaikumusalam Lana
DeleteTrima Kasih (^_^)
Memang semakin ramai org pilih utk DIY kad kahwin sendiri. Mcm nie baru ada rasa peribadi.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah lebih 300 customer yang order hehe
DeleteTak sangka ramai yang suka DIY Kad Kahwin sendiri
wah..kreatif..cantik...
ReplyDeleteTrima kasih hanie (^_^)
DeleteAdoiiii impian nih! Bila nak kahwin, mana jodoh ni sesat lama sangat. (Tetibe) 😅
ReplyDeleteHehe otw dah tu :D
DeleteCik kumbang, boleh tau tak kalau nak print tu boleh guna apa-apa printer je ye?
ReplyDeleteYup Ana
DeleteSemua jenis printer bole guna :)
Nak tanya akk beli kraft paper tu kt mana?
ReplyDeleteAkak beli kat Langkawi :)
Deletecantik... nk cuba la
ReplyDeleteKalau dah try nanti jangan lupa share link taw
DeleteBoleh akak terjah (^_^)
Apa saiz doily paper yg awak guna?
ReplyDeleteDiameter 12 inci
Deletesalam Cik Kumbang ,saya pun ada nk buat kad kahwin DIY .tp kan kalau nk potong dengan ape yang sesuai ea ?sebab saya xada mesin cutter ;(
ReplyDeleteWsalam Ika
Deletecik kumbang cut guna pisau potong kertas je hihi :D
Terserlah kegigihan nya disitu :D
cantik..
ReplyDeleteAlhamdulillah terima aksih Zarul Farhana :)
DeleteKreatifnya. Thank you bagi idea!
ReplyDeleteYour most welcome Irdina :)
Deleteguna kertas berapa gsm ye..
ReplyDeleteBetter pakai yg 175gsm (^_^)
Deletesalam sye nk order design mcm mne ye?? pm whatsapp boleyh x?
ReplyDeletesama jugak pengalaman kawin 11 thn yg lepas..masa tunjuk sample kad yg dah edit nama, semua ok.. tp bila kad dah siap..
ReplyDeleteboleh pulak nama pengantin lelaki "binti" bapaknya.. "bin" laaaa.. adoi jenuh liquid kat kad kawin tu...huduhhh plak jadinya..nasib la kawin simple2 x jemput ramai orang... huhu