Current updates:

Komen yang ditinggalkan di Belog Cik Kumbang akan dibalas di blog anda.Terima Kasih sudi komen di BCK :)
Untuk sebarang TEMPAHAN DESIGN, PENGIKLANAN dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke cikkumbang12@gmail.com
telegram.me/cikkumbang

[Wedding Review] MUA CtNazeera

MUA utara

Assalamualaikum & Hi

Rakan blogger MUA yang aku kenal adalah fyna.Rasanya ramai yang kenal beliau kot.Aku suka mekap yang natural look,tak over & yang paling penting tak cukur kening.Untuk MUA ni aku cari dari Facebook Page fyna,& aku jumpa MUA dari Perlis yang hasilnya natural looked so terus whatsapp CtNazeera.Yang penting MUA adalah perempuan & buat servis mekap di rumah.

Ekceli dalam dilema juga masa nak pilih MUA ni sebab cousin aku ada suggest MUA yang mekapkan dia hari tu,tapi aku kureng berkenan sikit sebab cara dia reply mesej macam garang je orangnya plus dia punya hasil kerja majoriti kening semuanya 'halus-halus' (cukur) je so terus decide untuk booked CtNazeera yang comel & based on mesej beliau macam easy going orangnya.

Jom tengok hasil kerja Ct

MUA utara

Nampak natural kan Siti mekap?

MUA utara

MUA utara

Aku punya majlis nikah & sanding adalah pada hari yang sama.Kalau tak silap dalam pukul 8.30 pagi camtula Siti dah datang.So terus mekap sebabnya majlis akad nikah pukul 10.30 pagi.

Kesian juga kat Siti sebabnya aku ni jenis spesies yang tak pernah dimekapkan so bila part Siti nak pakaikan celak asyik tertutup je mata.Nasib baik la Siti ni penyabar and easy going orangnya.
Senang sangat berurusan dengan Siti.

Ramai saudara-mara & kawan-kawan cakap mekap lawa,tak over & nampak natural.Kadang-kadang ada juga MUA yang mekap terus hilang rupa asli muka kaw hahaha tapi Siti just enhance'kan lagi kecantikkan asli iolss haha perasan tetttt
Thank you Siti. You make my day !! Puas hati dengan servis dari Siti.

Last but not least mekap tahan lama sampai habis sesi photoshoot outdoor (^_^) and nak tanggalkan mekap pun mudah je sebab mekap tak tebal.

MUA utara

Siti cover area utara sahaja. (Perlis , Kedah & Penang)

MUA utara

Boleh contact Siti melalui:
Whatsapp : 019-450 8115
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

Terima kasih datang Belog Cik Kumbang & komen sini.
Nanti Cik Kumbang reply di blog korang ye (^_^)
Jom Like Belog Cik Kumbang di facebook !
Blog Archives for Mobile View