Current updates:

Komen yang ditinggalkan di Belog Cik Kumbang akan dibalas di blog anda.Terima Kasih sudi komen di BCK :)
Untuk sebarang TEMPAHAN DESIGN, PENGIKLANAN dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke cikkumbang12@gmail.com
telegram.me/cikkumbang

" 12 March "


Syukur alhamdulillah.
Tuhan masih memanjangkan umur dan memberi kesempatan untukku terus bernafas di bumi-NYA ini. Mudah-mudahan hidup yang bakalku lalui pada hari mendatang lebih memberikan makna dan kebaikan kepada mereka yang disekelilingku. Semoga rasa cinta dan kasih sayang pada ayah emak, adik-beradik dan seluruhnya yang menjadi kesayangan akan terus kekal menjadi urat nadi yang hidup dalam jiwaku.
Aminnn..

Nasihat Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb. “apabila kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita amatlah singkat. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas ini. Tetapi, jika kita hidup kerana fikrah untuk menegakkan Dinul Islam di atas muka bumi ini, sesungguhnya hidup kita akan lebih panjang dan bermakna. Bermula dengan bermulanya manusia dan berakhir dengan pupusnya manusia di atas muka bumi Allah ini,”
Moga hidup kita semua kerana ad-din, innassolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil’alamin…

Saat baru, hari baru, umur baru, hidup yang baru… berubahlah duhai diri, hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini, yang lalu tetap berlalu, kelmarin yang pergi takkan kembali, semalam yang hilang tak kan hadir semula...w'slm

No comments:

Post a Comment

Terima kasih datang Belog Cik Kumbang & komen sini.
Nanti Cik Kumbang reply di blog korang ye (^_^)
Jom Like Belog Cik Kumbang di facebook !
Blog Archives for Mobile View