Current updates:

Komen yang ditinggalkan di Belog Cik Kumbang akan dibalas di blog anda.Terima Kasih sudi komen di BCK :)
Untuk sebarang TEMPAHAN DESIGN, PENGIKLANAN dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke cikkumbang12@gmail.com
telegram.me/cikkumbang

Good To Share, Good To Ponder

Good To Share, Good To Ponder

Ada satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu bersarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian...


"Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri.
"Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih  elok."
Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak dari hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya,

"Abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

Sang suami berkata,
"Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita."
 Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan.
Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya.
Jika hati kita bersih, maka bersih pula fikiran kita.
Jika fikiran kita bersih, maka bersih pula perkataan kita.
Jika perkataan kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula perbuatan kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita.

 Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.
Hati menentukan Fikiran
Fikiran menentukan Perkataan & Perbuatan

2 Hal Paling Baik di atas kebaikan :
  • Sangka baik kepada Allah
  • Sangka baik kepada Hamba Allah

"""Sekiranya tidak ada perkataan yang baik untuk dicakapkan, baiklah kita cuma berdiam saja, kerana tidak berkata buruk itu sudah cukup baik sebenarnya"""

Sumber: Facebook #sharingiscaring
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. hyeee...singgah sini..hehehe..comel blog..rasa rindu pula lama tak blogwalking ^_^

    ReplyDelete
  2. betul2, huhu..sentiasa kna positif dan cermin diri kan..huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih datang Belog Cik Kumbang & komen sini.
Nanti Cik Kumbang reply di blog korang ye (^_^)
Jom Like Belog Cik Kumbang di facebook !
Blog Archives for Mobile View