Current updates:

Komen yang ditinggalkan di Belog Cik Kumbang akan dibalas di blog anda.Terima Kasih sudi komen di BCK :)
Untuk sebarang TEMPAHAN DESIGN, PENGIKLANAN dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke cikkumbang12@gmail.com
telegram.me/cikkumbang

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com


Merdeka 2015

Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.

Merdeka 2015

Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

20 comments View Post

[Wedding Review] Bunga Tangan Fresh Flower


Bunga Tangan Fresh Flower

Assalamualaikum & Hi

Alhamdulillah for bunga tangan aku dapat percuma dari Noneycraft Blogspot.
Termasuk sekali dalam pakej pelamin (^_^) 
Horayyyy !!!

Aku serahkan je 100% pada kak Nani untuk match kan bunga tangan dengan warna baju sanding.

So jom kita usha gambar je eh hihi

Bunga Tangan Fresh Flower

Bunga Tangan Fresh Flower

Bunga Tangan Fresh Flower


Bunga Tangan Fresh Flower

Bunga Tangan Fresh Flower

Bunga Tangan Fresh Flower


Bunga Tangan Fresh Flower
26 comments View Post

[Wedding Review] Pelamin Noneycraft Blogspot


Assalamualaikum & Hi

Bab pelamin ni aku pun konpius dengan diri sendiri,kejap-kejap nak tema garden,kejap-kejap nak tema vintage,kejap-kejap nak tema rustic.Kalau boleh parents aku nak yang simple-simple je untuk pelamin ni.Just sekadar untuk ambik gambar with family and kawan-kawan.Kalau ikutkan aku nak je gabungkan terus photobooth dengan pelamin tapi macam tak proper je kalau ikut idea koboi aku tu hahaha.So aku pun memulakan la episod pencarian vendor untuk pelamin.

Vendor Pelamin pun around 10 orang juga aku survey,berkenan yang rustic theme tapi harganya yang (*-*) *gulp* lari dari bajet la pula.At last aku decide untuk pilih Noneycraft Blogspot.This one cousin aku yang suggest plus aku pun dah tengok sendiri hasil kerja beliau masa wedding cousin aku tu.Yang paling best sebab ianya "Pelamin Fresh Flower".Aura fresh flower ni lain taw kalau ambik gambar hahaha :D Nampak lebih 'hidup' katanya dah nama pun bunga hidup kan

Aku request nak design ala-ala cam gini je.


Bunga pulak aku pilih bunga kekwa mix dengan bunga ros.Hantam saje la labu.
Serius aku zero kot bab bunga.So tak tahu nak pilih bunga apa. (-_-')

So inilah hasilnya My Simple Pelamin Fresh Flower tadaaaa


Apa la yang dibincangkan tu.Macam serius aje hik3~

Apakah yang cuba dilakukan oleh seketul kumbang ini? 

Posing comey cikit kahkahkah *masuk part gelak terus tak comey*




Berpuas hati dengan pelamin dari Noneycraft Blogspot  (^_^)
Cuma part flow curtain bahagian belakang je macam tak berapa nak umphhh hihi
The best part is dapat Bunga Tangan Fresh Flower PERCUMA muehehe
Tak payah pening-pening dah aku nak DIY bunga tangan tetttt~

Jom layan video yang sempat aku rakam selepas semua tetamu dah balik
Music apa ntah aku main letak sesedap rasa je hahaha
layanzzz
video

Untuk bride-to-be yang nak dapatkan servis dari Noneycraft Blogspot boleh contact Kak Nani melalui:

Facebook: https://www.facebook.com/noneycraft.blogspot
Instagram: https://instagram.com/noneycraft
Whatsapp: 019-590 4415

Thank you for reading this entry !
11 comments View Post

[Wedding Review] Eilla Miammour Bridal

Review Baju Bersanding - Eilla Miammour Bridal

Assalamualaikum & Hi

Antara vendor yang paling baaaanyak aku survey adalah Butik Pengantin,sampai rasa nak pengsan dibuatnya, (T__T) adoiii.Boleh dikatakan hampir setiap butik di Perlis ni aku pergi.Ada yang bagi feedback positif ada yang negatif.Dah nekad nak ambik pakej dari Butik Z(bukan nama sebenar) sebab ada kawan cousin ambik kat situ,baju & mekap semua cun.

Sekali bila whatsapp-whatsapp dengan kawan cousin dia cakap takyah lah ambik kat situ,servis dia kureng,baju & mekap memang okay,tapi pelamin & hiasan bilik memang mengecewakan sebab lain yang kita nak lain yang diorang bagi.

Alasannya diorang lebih utamakan pada siapa yang ambil pakej mahal,
Oh so unfair okay ! (-__-').Haih terus gelabah la aku nak pilih butik mana pula ni.Time ni memang nekad nak pilih yang siap pakej (baju,pelamin,mekap,inai,dll) sebab malas dah nak fikir banyak-banyak.

Bila dah jadi camtu terus terfikir kalau kaw amik yang Pakej tapi kalau ada salah satu dari dalam pakej tu yang spoil memang frust la.And tak semestinya yang ada dalam pakej tu menepati citarasa kaw kan.Lepas sembang-sembang dengan cousin aku,dia cakap nak bawa pergi satu lagi butik yang kawan dia pernah ambil.

So kitaorang pun pergi survey area Kedah,first kitaorang stop kat Shahab Perdana.Asalnya nak pergi Butik Cinta tapi aku ternampak Butik Eilla Miammour Bridal terus ajak cousin stop kat situ.Masuk je butik owner dia ramah giler,kira memang aku terus cayiaq ah masuk butik ni.

Review Baju Bersanding - Eilla Miammour Bridal

Baju-baju pula semua lawa-lawa and fashion terkini.Owner siap cakap lagi

"Kalau adik survey-survey ja tapi tak cuba tak guna juga taw sebab tak semestinya baju yang adik suka tu sesuai dengan badan adik,so apa kata adik pilih 3 yang adik berkenan,akak bagi peluang adik cuba.Tak ambik pun xpa at least adik cuba dulu." 

Terus eksited weyh nak cuba sebab antara banyak-banyak butik yang aku pergi,butik ni je yang offer untuk test baju even tak ambik dari diorang.Butik lain ada yang 'offer-offer ayam' je,ada yang cakap after confirm baru boleh cuba.But this one memang servis sebelum beli pun dah 'tip-top' baq hang.Staff pun semua frienfly-friendly je.So korang akan rasa selesanya deal dengan diorang ni & so far this is the best bridal boutique in this area aku rasa. (^_^)

Review Baju Bersanding - Eilla Miammour Bridal
Sesi testing baju 
Review Baju Bersanding - Eilla Miammour Bridal
Haaa inilah baju pooojaaann gue
Review Baju Bersanding - Eilla Miammour Bridal

Disebabkan incik tunang busy dengan kerja plus jauh mahu pulang untuk fitting,maka terpaksala pinjamkan badan adik ku sorang ni.Nasib baik la saiz badan lebih kurang je.Pasrah je adik, padahal dia pun suka juga time fitting ni.Berangan konon-konon dia pun nak kawen hahaha (^_^)

Review Baju Bersanding - Eilla Miammour Bridal

Review Baju Bersanding

Review Baju Bersanding - Eilla Miammour Bridal

Ekceli aku pun pening juga sebenarnya nak pilih warna tema untuk bersanding ni.Sebab tak sure warna apa yang sesuai dengan badan.Ada la survey-survey di instagram and decide nak gabungan warna tiffany blue & gold.Tapi takde pula gabungan warna tu kat butik ni.So aku just pick jela mana yang sesuai.

Like what Kak Ella cakap la, tak semestinya warna yang kita suka tu sesuai dengan kita bila pakai nanti.So kita pilih jela baju yang ok & sesuai time fitting tu.Betul x?

Pakej dari Eilla Miammour Bridal termasuk
  • Sepasang baju Bersanding (Lelaki+Wanita) lengkap dengan aksesori + Veil
  • Sepasang heels (Tinggi gilos kot,terkedek-kedek aku nak berjalan.Lupa nak snap pic kasut.)
  • Bunga tangan (Aku tak guna bunga tangan yang butik bagi sebabnya aku nak guna fresh flower yang vendor pelamin bagi preee,wink!)
  • Crown
  • Veil Nikah - Time fitting baju baru aku decide nak sewa veil nikah sebab kononnya nak DIY last-last tak sempat (-_-')

Shawl pula aku beli di Qamraa Boutique.Nasib baik jumpa warna yang matching dengan baju.Padahal refer pada gambar dalam fon je masa pergi beli tu (^_*)

Eilla Miammour Bridal

Boleh terus contact Kak Farah yang comey & baik di number ni : 013-488 2096
Eilla Miammour Bridal
Aku refer pada Google je gambar ni
Thank you for reading this entry !
31 comments View Post

Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015

Assalamualaikum & Hi

Dah lama tak join segmen bloglist2 ni kan
Jom kita support cik Lyssa kita (^_^)

Blog Lyssa+Faizureen

"Blog Cik Kumbang ni more to sharing berkaitan kehidupan harian, blog design, blog tutorial (baru share sikit,hihi), freebies @ free download design, review produk yang Cik Kumbang guna/pakai, review berkaitan majlis kahwin CK, DIY project and insyaAllah coming soon akan share resipi-resipi sikit kat blog peribadi gue ni.Almaklumlah dah masuk group puan-puan,haruslah rajin memasak kan? hihihi"

Happy Birthday untuk Baby Ogos dalam http://bloglistcikkumbang.blogspot.com/

Siapa nak join bole klik link di bawah 
6 comments View Post

[Wedding Review] Henna by Laily Hashim

Inai-Kahwin

Assalamualaikum & Hi

Bab inai or henna ni memang tak plan pun nak yang lukis-lukis semua tu.
Dalam kepala hotak aku nak yang senang je just pakai inai kat jari takya nak lukis-lukis bagai.
Tapi atas sebab-sebab personal (hanya family + kawan terdekat je tahu) so dengan sempoinya esok nak nikah hari ni baru gelabah cari orang yang boleh lukis henna.
Gila ke tak gila buat kerja last minit. hahaha

Whatsapp cousin minta no fon orang yang lukis henna dia masa wedding hari tu.
Sekali bila dah whatsapp kakak tu pula balik kampung (T_T) 
Mana nak cari ni huhuhu uwaaa nak nanges dah masa ni

Tak putus asa terus tanya cousin yang lagi sorang pula then dia cakap kawan dia ada buat servis lukis henna.Aku pun apa lagi terus call la.Nasib baik Kak Laily free so boleh tolong lukiskan.

Malam before majlis baru pakai henna hohoho
Aku just request untuk lukis di tangan sahaja
Kaki nak pakai stokin so tak perlu pakai inai 

Aku just pilih yang simple-simple je.

Senang berurusan dengan Kak Laily.

Inai-Kahwin

Inai-Kahwin

Inai-Kahwin

Inai-Kahwin

Inai Kahwin

Any bride to be area Perlis yang sedang mencari servis lukis henna untuk wedding boleh try contact kak Laily melalui

No Tel : 010-213 2202 
6 comments View Post

[Wedding Review] MUA CtNazeera

MUA utara

Assalamualaikum & Hi

Rakan blogger MUA yang aku kenal adalah fyna.Rasanya ramai yang kenal beliau kot.Aku suka mekap yang natural look,tak over & yang paling penting tak cukur kening.Untuk MUA ni aku cari dari Facebook Page fyna,& aku jumpa MUA dari Perlis yang hasilnya natural looked so terus whatsapp CtNazeera.Yang penting MUA adalah perempuan & buat servis mekap di rumah.

Ekceli dalam dilema juga masa nak pilih MUA ni sebab cousin aku ada suggest MUA yang mekapkan dia hari tu,tapi aku kureng berkenan sikit sebab cara dia reply mesej macam garang je orangnya plus dia punya hasil kerja majoriti kening semuanya 'halus-halus' (cukur) je so terus decide untuk booked CtNazeera yang comel & based on mesej beliau macam easy going orangnya.

Jom tengok hasil kerja Ct

MUA utara

Nampak natural kan Siti mekap?

MUA utara

MUA utara

Aku punya majlis nikah & sanding adalah pada hari yang sama.Kalau tak silap dalam pukul 8.30 pagi camtula Siti dah datang.So terus mekap sebabnya majlis akad nikah pukul 10.30 pagi.

Kesian juga kat Siti sebabnya aku ni jenis spesies yang tak pernah dimekapkan so bila part Siti nak pakaikan celak asyik tertutup je mata.Nasib baik la Siti ni penyabar and easy going orangnya.
Senang sangat berurusan dengan Siti.

Ramai saudara-mara & kawan-kawan cakap mekap lawa,tak over & nampak natural.Kadang-kadang ada juga MUA yang mekap terus hilang rupa asli muka kaw hahaha tapi Siti just enhance'kan lagi kecantikkan asli iolss haha perasan tetttt
Thank you Siti. You make my day !! Puas hati dengan servis dari Siti.

Last but not least mekap tahan lama sampai habis sesi photoshoot outdoor (^_^) and nak tanggalkan mekap pun mudah je sebab mekap tak tebal.

MUA utara

Siti cover area utara sahaja. (Perlis , Kedah & Penang)

MUA utara

Boleh contact Siti melalui:
Whatsapp : 019-450 8115
6 comments View Post