Current updates:

Komen yang ditinggalkan di Belog Cik Kumbang akan dibalas di blog anda.Terima Kasih sudi komen di BCK :)
Untuk sebarang TEMPAHAN DESIGN, PENGIKLANAN dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke cikkumbang12@gmail.com
telegram.me/cikkumbang

[Wedding Review] DIY PhotoBooth

DIY PhotoBooth

Assalamualaikum & Hi

Plan asal untuk DIY photobooth adalah aku nak design backdrop dalam photoshop then hantar kedai untuk print.
Kononnya dah habis simple la kalau buat camtu.
Tinggg !!!
Tetibe dapat idea yang lagi super duper jimat iaitu nak buat backdrop gantung-gantung macam gambar kat bawah ni.Cantik kan ?
Tapi sebelum nak setup photobooth ni jenuh juga duk pikir kat mana den nak taruk nanti.
Last-last sasaran tertumpu pada langsir rumah wakakaka
 
DIY PhotoBooth

Idea ni muncul tiba-tiba bila aku nampak lebihan gabus-gabus yang diberi oleh pihak Shaklee masa aku order barang hari tu.So daripada nak buang camtu je baik kita manfaatkan ia,betul x?
Dengan gigihnya aku siapkan backdrop gantung-gantung ataupun dipanggil snow backdrop ni.
Then aku pun try la pasang di langsir.
Gulppp ~

Kucing pula yang sibuk duk main aku punya backdrop (T__T)
Plus keadaan persekitaran yang berangin.
Kalau angin sepoi-sepoi bahasa ni boleh tahan lagi.
Tapi disebabkan rumah aku ni berhampiran dengan pantai maka angin dia cuba la kau bayangkan.
Memang tak molek la nak guna gabus ni.

Maka terpaksa fikir idea lain.
Google punya google aku terjumpa gambar buat backdrop guna doily paper.
Tinggggg !!!
Terus dapat idea untuk tiruuuuu wahahaha (^_*)

Lebihan doily paper dari DIY Kad Kahwin aku ambik untuk jadikan backdrop photobooth.
Super Duper Jimat !!!!
Photo booth paling bajet abad ini !!!

TOTAL DAMAGE : Around RM15 ++ !!!

DIY PhotoBooth
Plan bertukar
Disebalik tabir pembikinan backdrop photo booth gue
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1.Doily paper
2.Double-sided
3.Gunting
4.Salotape
5.Tali
6.Pin

DIY PhotoBooth
Inilah hasilnya
.
.
.
.
Tadaaaa
.
.
.
.
.

DIY PhotoBooth
Bridesmaid paling sempoi
Pagi selepas subuh baru setup pasang backdrop pada langsir.
Tak boleh pasang awal-awal sebab kanak-kanak riang ramai.
So paham-paham aje la ye hahaha
DIY PhotoBooth
Incik photographer pun 'interprame' juga :D
DIY PhotoBooth
Posing bersama photo props
DIY PhotoBooth
Sebelum dan Selepas
DIY PhotoBooth Hasil posing di photo booth RM15 plus plus

Ok x? hahaha
Janji ada photobooth kannn
Alhamdulillah tetamu semua suka sangat bergambar kat photobooth corner gue ni.
Siap berebut-rebut lagi nak posing pegang photo props hahaha
Next entry aku update pasal Photo Props pula ye

DIY PhotoBooth Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. singgah pagi...
    DIY lagi bagus :)
    penjimatan yang sangat banyak..

    ReplyDelete
  2. yes! thanks for this idea..sy pun tgh tercari2 idea yang menarik dan jimat utk photobooth sy!♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 yunk !
      kalau guna flower fan pun lawooo juga ;)

      Delete
  3. ehh umah tepi pantai? i is so jelly jelly u know..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah my nanny je tu kakak comey hik3~ :D

      Delete
  4. jimat..sangat bagus.
    percayalah..ni semua akan jadi kenangan dan diingati sebab usaha diy nak buat semua ni..
    saya dulu diy photobooth guna fan flower

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu
      kenangan yang sangat best :D

      aah dah tengok
      cantik juga guna fan flower
      meriah warna-warni gitu hihi

      Delete
  5. Sy hari tu tak buat pun photobooth. Sebab dari awal mmg taknak buat pun. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih datang Belog Cik Kumbang & komen sini.
Nanti Cik Kumbang reply di blog korang ye (^_^)
Jom Like Belog Cik Kumbang di facebook !
Blog Archives for Mobile View