Current updates:

Komen yang ditinggalkan di Belog Cik Kumbang akan dibalas di blog anda.Terima Kasih sudi komen di BCK :)
Untuk sebarang TEMPAHAN DESIGN, PENGIKLANAN dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke cikkumbang12@gmail.com
telegram.me/cikkumbang

Segmen: LUPUS Awareness Month




Segmen ini diadakan sempena LUPUS (SLE) awareness month pada bulan ini iaitu bulan mei! :) Objektif utama segmen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit LUPUS a.k.a SLE yang sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkannya.. ramai di antara kita masih belum mengenali penyakit SLE yang merupakan penyakit kronik yang juga boleh membawa maut.. deno harap dengan segmen ini kita dapat mengenali penyakit LUPUS atau dengan lebih mesra dipanggil mr. SLE.. hehe  :p

Apakah SLE? : klik Systemic Lupus Erythematosus

Cara penyertaan :
  • Follow blog DayangDeno [DONE]
  • Buat satu entri bertajuk Segmen: LUPUS Awareness Month  [DONE]
  • Tampal banner di atas di dalam entri  [DONE]
  • Buat satu banner dengan perkataan : LUPUS.. learn about it  .. dan banner tersebut mestilah ada gambar rama-rama kerana rama-rama ialah lambang SLE.. tak kisah saiz macam mana pun, buatlah banner mengikut kreativiti korang .. ^^  [DONE]
  • Tag seberapa ramai rakan untuk sertai segmen ini.  [TAG: Izza Sakura ]
[Banner dari belogcikkumbang]


P/s: "Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kesihatan tubuh badan yang berpanjangan kepada Dayang Deno,amin"
3 comments View Post

Facebook Vs Blog For Business

5 comments View Post

Cara Buat Blog

Sebelum nak buat blog anda kena ada akaun Gmail, boleh klik >> Tutorial Cara Buat Akaun Gmail.

Langkah-langkah untuk membuat blog:

1. Klik http://www.blogger.com
2. Masukkan email & password Gmail dalam ruangan yang disediakan seperti dalam gambar dibawah.

3. Klik 'Continue to Blogger'

4.Klik 'New Blog'

5.Masukkan Tajuk Blog Anda & Url/Address blog anda.

Contoh:
Title : My Online Diary
Address: iniblogsaya.blogspot.com
Klik pada template yang anda suka,seperti contoh dalam gambar di bawah,saya pilih Template 'Simple'.

Kemudian klik 'Create Blog'

6. Klik pada icon pen seperti dalam gambar di bawah untuk mulakan entri pertama anda.

7.Tekan publish setelah selesai menulis entri anda.

8. Ok siap :) View Blog untuk Lihat hasil posting anda.

HAPPY BLOGGING !
Leave a comment View Post

TIPS AGAR KEBAIKAN BERTERUSAN


Sedikit perkongsian yang dipetik dari facebook.

1. Jika anda menerima wang RM1, anggaplah 20 sen daripadanya bukan milik anda. Masukkan ke dalam tabung sedekah atau tabung peribadi anda yang dikhaskan untuk membantu orang lain.


2. Setiap hari, pastikan anda menghubungi seorang saudara, guru atau rakan lama untuk sentiasa menghidupkan silaturrahim walaupun cuma pesanan ringkas yang berbunyi : “SMS dihantar pengganti diri sebagai tanda ikatan ini masih bersemi dan dihargai selalu…”


3. Pegang prinsip hidup jangan marah. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan berkali-kali dalam sebuah hadis supaya jangan marah. Tanpa kemarahan, banyak perasaan yang akan terjaga. Bayangkan jika kita panas baran, banyak hati yang akan terluka dan ini pasti akan memudarkan sahsiah diri serta perhubungan sesama insan.


4. Jika melihat penjual makanan yang miskin, sedekahkan baki wang anda. Contohnya, jika harga pisang goreng 90 sen, anda beri RM1. Baki 10 sen itu disedekahkan kepada si penjual. Ingat,sedekah menolak pintu-pintu bencana.


5. Jika hendak makan, ambil sedikit makanan dahulu. Jika sedap, baru ditambah. Kalau awal-awal lagi sudah ambil banyak dan tidak habis, pasti akan dibuang dan menyebabkan pembaziran. Lebih malang, orang lain tidak sempat merasanya.


6. Selepas menggunakan tandas, pastikan ia bersih. Bayangkan jika anda meninggalkan sesuatu yang jijik, anda telah membuat orang lain marah, jelik dan mual.


7. Memakai pakaian yang di belakangnya tertulis ayat-ayat motivasi. Orang akan membacanya dengan ‘percuma’ dan anda juga mendapat pahala dengan mudah. Ia sangat berfaedah berbanding anda memakai baju yang mempunyai gambar kartun. Pakaian melambangkan peribadi. Biarlah pakaian tidak berjenama, asalkan menutup aurat dan menjadi “dakwah” bergerak.

  Aktifkan dirimu untuk sentiasa berbuat baik kerana Allah SWT.
✔  Pesan Saidina Ali R.A. “Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang yang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”.
6 comments View Post

Cara Buat Akaun GMail

1. Buka laman web gmail.com.
2. Klik 'Create An Account'

3. Isikan maklumat yang berkaitan.Pastikan 'tick' pada "I agree to the Google Terms of Service and Privacy Policy" dan "Google may use....." kemudian tekan 'Next step'.

4. Kalau nak letak gambar,boleh Klik Add Profile Photo.
    Untuk teruskan, tekan 'Next step'.

5. Tekan 'Continue to Gmail'

6.Ok dah siap!
Anda boleh tekan Next untuk ikuti Tutorial mengenai Gmail.

Leave a comment View Post

Tonton Online Teduhan Kasih


Jumlah episod: 28 Episod
Waktu Tayangan: 7.00-8.00 malam (Setiap Hari Isnin hingga Khamis) di TV3.

Pelakon-pelakon Drama Teduhan Kasih adalah antara 5 Calon Pelakon Terbaik dan Popular Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Drama ini diapdatasikan dari novel "Teduhan Kasih".
Barisan Pelakon: Rizal(Shah Iskandar), Sherry Ibrahim( Iffa)Nabila Huda( Ayu), Adi Putra(Ehsan)

Lagu tema Teduhan Kasih
1) Hyper Act - Hanya Aku
2) Angkasa - Setia Itu Menyakitkan
3) Noah - Sendiri Lagi
4) Sammy Samorangkir -Kesedihanku
5) Republik- Telah Kuberikan
6) Instrumental Teduhan Kasih(sad love story)

SINOPSIS

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa. Kehadiran Ehsan dalam hidup Iffa merubah segalanya.

Adakah bahagia bakal muncul dalam hidup iffa?

#Jika terdapat video yang tidak dapat ditonton @ error,harap anda dapat search di google,thank you :)


1. Episod 1 
2. Episod 2
3. Episod 3
4. Episod 4
5. Episod 5
6. Episod 6
7. Episod 7
8. Episod 8
9. Episod 9
10. Episod 10
11. Episod 11
12. Episod 12
13. Episod 13
14. Episod 14
15. Episod 15
16. Episod 16
17. Episod 17
18. Episod 18
19. Episod 19
20. Episod 20
21. Episod 21
22. Episod 22
23. Episod 23
24. Episod 24
25. Episod 25
26. Episod 26
27. Episod 27
28. Episod 28 << EPISOD AKHIR

Credit [1]
2 comments View Post

Pulang Mengundi


Selamat Mengundi kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi.

P/s: Terbang ke Langkawi untuk mengundi ~
4 comments View Post