Current updates:

Komen yang ditinggalkan di Belog Cik Kumbang akan dibalas di blog anda.Terima Kasih sudi komen di BCK :)
Untuk sebarang TEMPAHAN DESIGN, PENGIKLANAN dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke cikkumbang12@gmail.com
telegram.me/cikkumbang

Me,Maria Elena And Clinelle

Assalamualaikum **kalau tak jawab dosa,kalau jawab sayang
#trademark Maria Elena dalam video-video beliau

**Flashback

Tahun : 2011
Masa : Malam
Lokasi: Desasiswa Restu,USM,Penang

Seingat-ingat aku la kan,masa tu aku tengah buat assignment kot.Well macam korang juga la, bila bosan buat assignment tu tangan dengan lajunya g bukak internet untuk mencari hiburan muahaha.Ada sorang kawan aku dalam facebook share this video ni pasal skin care.Well tengah bosan,layan kan aje lah video tu.Bila tengok je dia review pasal produk yang dia guna aku macam,eh best pulak tengok dia ni pakai,cantik pulak tu muka dia,nampak moist je.Masa tu memang aku tak pakai apa-apa produk la kat muka aku ni sebab pemalas nak mam***,harapkan guna pencuci muka Olay je kot.Janji muka bercuci wakakaka

'Don't sepak ur face!'-antara ayat dalam video tu yang buat aku tegelak haha
Marian Elena And Clinelle
Maria Elena
Tengok video Maria banyak-banyak kali pun tak bosan,sebab dia macam gila-gila sikit hahaha tapi aku suka style macam tu.Sempoi baq hang !Bila dah start tengok satu video, mula la berlanjutan ke next next video kan,bila buka profile dia(masa tu dia guna nickname shortnap) kat youtube rupanya banyak lagi video-video yang dia buat,so apa lagi layanzzzzz.Semua video yang dia buat semua best,sampaikan aku download semua video dia,hahaha kalau korang g buka youtube dia sekarang,dah xde dah video pasal skincare tu sebab dia dah buat private.Nasib baik den dah download,wink! *Siap ada sepcial folder lagi untuk video-video beliau keh3~

First time aku tahu pasal toner yang boleh spray-spray ni dari video dia la.
Tapi macam,huh?Clinelle?Asal tak pernah dengar pun pasal produk ni,mesti tak femes ni.Tapi nampak dia pakai macam best je.**perasaan ingin mencuba semakin membuak-buak dah masa ni.Assignment tolak ketepi dah masa tu,bukak google then search pasal clinelle product,pros and cons,side effect semualah aku search.Last-last bila dah puas hati buat research,baru aku decide nak try guna Clinelle.Weekend tu terus g Watson kat Queensbay Mall,and beli Clinelle Starter/Travel Kit.Tapi dia punya toner tak boleh spray-spray sebab well trial kan.Ok takpe cuba dulu,kalau ok baru beli yang besar >_<
Clinelle Starter Kit
Clinelle 3 Step Kit-Picture from Google


Step 1 - Cleansing, Step 2 - Toning, Step 3 - Moisturizing

Around 2 weeks guna trial,pencuci dah habis,sebab kecik cenonet je.Toner still banyak lagi,tapi dalam 1/4 lagi la nak habis.Seriously best giler guna Clinelle,pertama sebab muka makin berseri-seri haha tipu, berseri-seri la sangat,ekceli sangat berpuas hati guna Clinelle sebab kulit muka aku semakin bertambah baik,jarang ada jerawat,kalau ada pun seketul 2 jela.Yang paling aku suka sebab Clinelle ni ada 6 Rahsia,Nak tahu apa?Sila usha gambar kat bawah ni.

Clinelle 6 Secret To Happy Skin

Haaaa it's natural,that why la I loike Clinelle,plus Dermatologist Tested(telah diuji oleh pakar dermatologi dan ‘terbukti’ tidak menyebabkan iritasi kulit).Which sihat pada kulit kita,xde la kita tempek kat muka kita ni produk yang bahan dari ntah hape-hape kan.Yes aku ngaku,aku memang cerewet sikit bab benda-benda yang bersentuhan dengan badan aku ni.Start dari kepala sampai la ke kaki.Wohoho~ **Next-next entri aku story mory lagi produk apa yang aku guna setiap hari, yang pasti natural product.

Tadaaaa kat bawah ni adalah Clinelle range yang aku guna,which is Normal to Dry type.Aku bukan beli semua ni sekaligus taw,bankrupt la wa kalau beli semua ni sekaligus,mau posa seminggu hahaha.Yang basic adalah Pencuci,Toner & Moisturizer.Additional yang lain-lain tu aku beli bila time discount.Of course la iolss pun nak berjimat-cermat juga uolsss,mahal kot Clinelle ni,tssskkkk~
Clinelle Product

1) Line Erase and Brightening Concentrate
2) Brightening Serum
3) Nano-C Bright
4) Caring Milk Cleanser
5) Skin Soothing Toner
6) Intense Skin Moisturizer
7) Blackhead Control Gel
8) UV Defense SPF 20 Tinted Natural Shade
9) Skin Smoothing Scrub
10) SnoWhite Mask

Untuk maklumat lanjut boleh klik : http://www.clinelle.com/home-malaysia.html

A. Basic skin care yang aku akan pakai setiap Pagi & Malam
Produk Clinelle
Okay yang basic ni, biasanya aku akan pakai 2 kali sahaja dalam sehari,ingat jangan lebih dari 2,sebab kulit kita pun ada limit juga.

1) Caring Milk Cleanser
- Aku biasanya pakai pencuci ni before mandi and sebelum tido.Suka sangat dengan cleanser ni sebab xde buih.Tak tahu nape muka aku memang tak boleh terima pencuci yang mengandungi buih-buih,kalau guna juga yang ada buih,muka aku akan jadi kesat.

2) Skin Soothing Toner
- Pakai toner pula of course la after kita cuci muka, untuk tutup semula liang pori-pori yang terbuka masa kita cuci tadi.Mak aku selalu bagi 'ceramah' bab toner ni,mak cakap wajib pakai toner after cuci muka, baik mak (-_-) 

3) Intense Skin Moisturizer
- After selesai spray-spray toner, baru lah pakai moisturizer, untuk melembabkan kulit muka.

4) UV Defense SPF 20 Tinted Natural Shade
- This one berfungsi sebagai sunblock.Aku akan pakai sunblock ni, kalau aku nak keluar pergi mana-mana, sebab kalau tak pakai mende alah ni muka aku akan jadi macam bintik-bintik hitam di bahagian pipi,orang panggil 'dark spot',efek dari sinaran UV.Sunblock Clinelle ni best sebab tak berminyak,ala-ala moisturizer juga texture nya lembut and bau pun syiokkk.

B. Scrub & Mask - 2 minggu sekali
Produk Clinelle
1) Skin Smoothing Scrub
- Aku suka gilos scrub Clinelle ni sebab bau dia ohhhhh so best,bau macam herba-herba.I loike !! Kenapa kena pakai scrub? Sebab scrub ni membantu untuk menanggalkan sel kulit mati pada wajah kita.So aku akan pakai scrub ni 2 minggu sekali.After pakai scrub kulit akan rasa licin je.Boleh bajet-bajet muka cantik gila la depan cermin after pakai scrub wakakaka.

2) SnoWhite Mask
- Okay after pakai scrub of course la kena pakai mask kan,untuk moist kan lagi kulit tu. Mask Clinelle ni macam cream,after pakai scrub, basuh muka, and lap-lap bagi kering, then baru sapu SnoWhite Mask ni, biarkan 10-15 minit, baru basuh. Boleh feeling-feeling retis Korea ooo after pakai mask ni,sebab kulit jadi lembut je.Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata,kena try sendiri baru tahu nikmatnya hahaha.

Kesimpulannya: Aku memang suka scrub and mask dari Clinelle ni,the best !!!

C. Additional 
Produk Clinelle
1) Brightening Serum
2) Nano-C Bright
- 2 ketul menda alah ni aku pakai after mask tadi.Yang ni untuk hilangkan 'dark spot' iaitu pendatang tanpa izin di pipiku yang gebus ni,haha *sila muntah

3) Blackhead Control Gel
- Yang ni pula biasanya aku akan pakai 2 kali seminggu. Untuk prevent blackhead di bahagian hidung.Memang berkesan.

4) Line Erase and Brightening Concentrate
- And yang ni pula aku pakai malam-malam,after pakai toner aku x pakai moisturizer,tapi aku pakai Line Erase and Brightening Concentrate.

Produk Clinelle
13 April 2011,Tarikh aku start pakai Clinelle secara serius.

Produk Clinelle
And perkara wajib yang aku akan buat before pakai any product especially skincare product adalah aku akan tulis tarikh aku mula guna produk tersebut, so aku boleh bajet berapa lama ia dapat bertahan.

Sepanjang 3 tahun aku guna Clinelle ni,apa yang dapat aku simpulkan adalah:
1) Pencuci - Boleh tahan 2 bulan sahaja
2) Toner - 1 tahun
3) Moisturizer - 5 bulan
4) Sunblock - 8-9 bulan

Clinelle Moisturizer
Moisturizer baru yang belum dibuka 
Produk Clinelle
Made in France
Recommended untuk cuba Clinelle kalau korang mengalami kulit sensitif.Macam adik aku,kulit dia boleh di kategorikan sebagai kulit sensitif sebab kalau dia silap pakai any produk akan naik jerawat2 kecik macam ruam kat muka dia,aku suruh dia try guna Clinelle,then kulit dia pun makin elok, tapi dia beli yang Starter Kit tu je,itupun sempat beli 2-3 kali pastu dia cakap, xcukup bajet dah akak nak guna Clinelle ni,then aku suggest dia guna Simple.kuikuikui~

Btw korang boleh dapatkan produk Clinelle di Watson atau pun Guardian yang berhampiran dengan tempat korang.

Ataupun boleh juga dapatkan secara online di sini --> HiShop.my (Dah 2 kali shopping kat HiShop,nak tahu aku beli apa?nantikan next update wink!)
Produk Clinelle Online


Apa yang penting, untuk mengelakkan jerawat adalah pemakanan yang sihat and healthy lifestyle,orait? So make sure,before korang nak cuba any product,try search di google dulu kalau-kalau ada bad effect or apa-apa.Kalau nak try,beli je yang starter pack, at least kalau tak sesuai dengan korang,xde la korang rasa rugi sebab biasanya starter pack murah je. 

The most important thing is minum air masak secukupnya iaitu 8 gelas setiap hari :)

**Disebabkan video Maria Elena la aku terjatuh "chenta" dengan produk Clinelle ni.Which sebelum ni aku tak pernah tahu pun kewujudannya.Ngeee~

Motif sangat kan letak watermark kat mata,#lanun
Muka serius gilos +_+
UPDATE : Aku dah stop pakai Clinelle lepas dapat tahu ada parabens (-_-') Clinelle keluaran yang dulu kalau korang tengok ingredients dia semua selamat.Sekarang aku dah tukar produk skincare yang lebih natural & sesuai untuk kulit orang Asia.

Blogger wajib tahu :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. wa licin gitu.. tp kalau sy nak pakai semua harap xsmpai 3 hari..hehehe..

    ReplyDelete
  2. @:: Mrs.Eady ::nak kena amik mood dulu baru ber hapdet akak,huehuehue

    ReplyDelete
  3. tgk rmai gak kwn pakai produk ni..bgus gak eyh..thn lama kot toner dia..wah²..huhu

    ReplyDelete
  4. @Mime MFok :) yup toner paling tahan lama,sebab cik kumbang apply toner xguna kapas muka,just spray2 hihi

    ReplyDelete
  5. Tumpang tanya. Adakah awak still guna lagi sampai hari ni?

    ReplyDelete
  6. Tumpang tanya. Adakah awak still guna prodict ini sampai sekarang?

    ReplyDelete
  7. skrg cik kumbang pakai skincare keluaran mana pulak. share pls .

    ReplyDelete

Terima kasih datang Belog Cik Kumbang & komen sini.
Nanti Cik Kumbang reply di blog korang ye (^_^)
Jom Like Belog Cik Kumbang di facebook !
Blog Archives for Mobile View